RKNH dibuka adalah kerana rasa terpanggil setelah mendengar keluhan dan kesedihan masyarakat yang diuji dengan pelbagai ujian kesusahan dan kesempitan hidup terutamanya Anak-anak Yatim, Ibu Tunggal, Balu, Warga Emas, Fakir Miskin, Asnaf serta mereka yang ditimpa kesusahan.

 

Mula dibuka pada awal April 2012 dan seramai 48 keluarga yang berdaftar dan 25 orang di tempatkan di RUMAH KASIH NURUL HASANAH (RKNH) yang berumur dari 6 hingga 17 tahun

Visi

Membawa sinar baru dalam kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan segala keperluan yang diperlukan mereka dari segi lahiriah atau pun rohaniah.​

Misi

Membangunkan sebuah Pusat atau Kompleks Kebajikan yang berperanan sebagai saluran tambahan yang beroperasi 24 jam serta konsisten di dalam membantu mereka yang dhaif dan susah menjana pendapatan harian. Melalui berbagai program yang dianjur agar dapat mencukupi bagi menampung Operasi Kebajikan yang ingin dilaksanakan